suria

Pelakon ‘Joseon Survival Period’ ditemui tak bernyawa, sempat tinggal nota untuk peminat 

Yoo Joo Eun ditemui sudah tidak bernyawa oleh abangnya pada Isnin.

PELAKON drama popular Joseon Survival Period iaitu Yoo Joo Eun meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas dilaporkan membunuh diri.

Berita sedih kematian aktres itu dikongsi oleh abang Joo Eun yang memaklumkan adiknya ditemui sudah tidak bernyawa pada Isnin.

Joo Eun turut meninggalkan nota sebelum membunuh diri dan atas permintaannya ia dikongsikan ke laman Instagram sebelum akaun itu dinyahaktifkan.

Dalam nota tersebut, Joo Eun meluahkan rasa cinta terhadap bidang lakonan namun tidak lagi berupaya melakukannya apabila terpaksa fokus kepada karier.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina sekolah agama bawa padah, penyanyi seksi Turkiye dipenjara

"Saya mohon maaf kerana terpaksa pergi meninggalkan semua terutamanya ibu, bapa, nenek dan abang.

"Saya sangat sayangkan karier lakonan dan ia sudah menjadi sebahagian hidup saya namun ia bukan kehidupan yang mudah kerana ia bagaikan satu sumpahan," tulisnya.

Joo Eun memulakan karier pada 2018 menerusi drama Big Forest sebelum namanya mula menjadi sebutan selepas muncul dalam drama Joseon Survival Period.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain