suria

Selepas nyaris lumpuh kerana jatuh basikal, Simon Cowell sedia gegar pentas akhir ‘America's Got Talent’

Simon Cowell nyaris lumpuh kerana jatuh basikal

PENERBIT muzik terkenal Simon Cowell hampir lumpuh akibat kecederaan jatuh basikal pada awal Ogos lalu.

Bagaimanapun sumber mendedahkan Simon bernasib baik kerana kecederaan itu tidak menganggu bahagian pada saraf tunjangnya.

Gara-gara kemalangan kecil itu, Simon telah menjalani pembedahan selama enam jam.

"Hanya satu sentimeter sahaja untuk dia mendapat kecederaan serius. Simon terkejut dan menahan kesakitan selepas terjatuh.

"Semasa kejadian dia bersama anaknya Eric dan Adam memcuba basikal baharu di hadapan rumahnya," kata sumber.

Sementara itu, keadaan kesihatan Simon dikhabarkan semakin baik dan dia akan muncul dalam program America's Got Talent minggu depan.

Meskipun belum ada kenyataan rasmi, namun sumber terdekat memaklumkan dia sudah bersedia untuk menjadi juri pentas akhir tersebut.

SUMBER: Hello Magazine

Artikel Lain