suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heechul Super Junior tunai janji beli ‘handphone’ untuk staf guna duit sendiri

Heechul hadiahkan telefon bimbit untuk stafnya.

AHLI kumpulan Super Junior iaitu Kim Heechul menunaikan janji menghadiahkan telefon bimbit kepada pekerjanya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube, Heechul berkongsi rakaman perjalanannya ke sebuah kedai telefon bimbit berjenama popular itu.

"Ingat janji saya semasa pertemuan di fan meeting Galaxy? Sekarang saya dalam perjalanan membeli telefon baharu untuk staf," katanya.



Heechul kongsi momen semasa membeli telefon bimbit.

Dalam rakaman tersebut, Heechul membeli tiga buah telefon bimbit dan membayar menggunakan wangnya sendiri.

Malah, penyanyi berusia 37 tahun ini turut memberitahu pekerja kedai berkenaan bahawa dia membeli telefon itu untuk dijadikan hadiah.

"Tiada masalah tentang harganya kerana saya membelinya sebagai hadiah," katanya kepada pekerja kedai tersebut.

Dalam rakaman itu, Heechul turut menunjukkan resit pembelian kepada penonton sebagai bukti telah membeli telefon tersebut menggunakan wangnya sendiri.

SUMBER: Allkpop

Heechul, Super Junior

Artikel Lain