Luna Maya mengaku pernah kehabisan wang, cuma ada RM25 sahaja dalam ATM!

Luna Maya pernah kehabisan wang kerana berbelanja secara atas talian.

PELAKON Luna Maya mengakui dia pernah berdepan saat-saat mencemaskan apabila kehabisan wang dan hanya memiliki sebanyak 89,000 Rupiah (RM25) dalam akaun bank miliknya.

Menerusi laporan Tribunnews, Luna berkongsi cerita kepada Ayu Dewi dia pernah terkejut apabila mengetahui tidak mempunyai wang mencukupi.

"Bila kali terakhir kamu tiada duit?," tanya Ayu Dewi.

"Orang selalu ingat artis itu banyak duit, tak pernah habis duit... tapi sebenarnya tidak ya!

"Saya pernah ya... di akaun bank saya cuma tinggal 89,000 Rupiah sahaja!," jawab Luna.

Terkejut dengan jawapan itu, Ayu Dewi lantas bertanya adakah wang miliknya dicuri?

"Bukan (dicuri) tapi habis... transfer, transfer, transfer! lepas itu lihat sudah tiada duitnya.

"Memang baki wang tinggal itu sahaja, iyalah sekarang buat pemindahan wang guna telefon bimbit... selepas lihat baki baru tahu duit saya tak banyak!," cerita Luna.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain