suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga tahun berkahwin, Cardi B failkan cerai terhadap Offset - “Tiada jalan untuk berdamai”

Cardi B juga menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka, Kulture.

PENYANYI Cardi B mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga penyanyi Offset pada Selasa di Georgia.

Memetik laporan Hollywoodlife, Cardi juga memfailkan hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Kulture Kiari Cephus yang kini berusia dua tahun.

Menerusi dokumen tersebut, Cardi B selaku plaintif memberitahu tiada lagi jalan perdamaian antara mereka.

"Tiada jalan untuk berdamai," katanya.

Dalam pada itu, Cardi B juga menuntut Offset untuk membayar nafkah anak perempuan mereka tanpa mendedahkan jumlah yang diminta.

Cardi B mengambil keputusan untuk bercerai dengan Offset selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain