suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Artis Taiwan Alien Huang mati selepas terjatuh di bilik air

Alien Huang meninggal dunia di tempat kejadian.

PENGACARA dan penyanyi Taiwan, Alien Huang dilaporkan meninggal dunia pada usia 36 tahun.

Huang dipercayai mengalami kemalangan selepas terjatuh di tandas rumahnya di Taipei, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 'Kamen Rider Hibiki' Ashina Sei ditemukan mati akibat bunuh diri

Mayat Huang ditemui bapanya ketika waktu makan tengah hari kira-kira pukul 11 pagi.

Huang berada dalam keadaan terbaring di ruang laluan berdekatan bilik mandi.

Dia juga mengalami kecederaan di kepala dan kesan darah di lantai.

Huang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas.

Tiada sebarang objek atau kesan mencurigakan di lokasi kejadian.

Huang dikenali sebagai hos program 100% Entertainment bersama Show Lo and Linda Chien.

Dia memulakan karier seninya sejak 2006.

Huang menjadi selebriti ketiga yang meninggal dunia pada usia 36 dalam tempoh tiga hari ini selepas aktres Korea Selatan, Oh In-hye dan pelakon Jepun Ashina Sei.

SUMBER: THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Alien Huang, Taiwan

Artikel Lain