suria

Ji Yeon T-ara kini bergelar isteri pemain besbol, kongsi foto perkahwinan dengan peminat

Ji Yeon dan Jae Gyun berkahwin pada 10 Disember lalu.

PENYANYI kumpulan T-ara iaitu Park Ji Yeon melangsungkan perkahwinan dengan pemain besbol profesional Hwang Jae Gyun pada 10 Disember lalu.

Meskipun berkahwin secara tertutup, Ji Yeon turut berkongsi beberapa foto perkahwinan mereka di Instagram untuk tatapan peminat.

Menerusi foto berkenaan, penyanyi itu berkongsi gambar dia mengenakan gaun berwarna biru selain persalinan tradisional Korea iaitu Hanbok.

Peminat menerusi ruang komen berkongsi rasa gembira melihat penyanyi itu akhirnya mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.

Ji yeon selamat bernikah dengan pemain besbol.

Ji Yeon dan Jae Gyun kini bergelar suami dan isteri.

"Ji Yeon, saya tumpang gembira, akhirnya kamu menikah dan kelihatan sangat bahagia. Saya terharu.

"Melihat senyum bahagia yang terpancar diwajahmu membuatkan hati saya luluh. Semoga berbahagia,” tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Ji Yeon umum bakal berkahwin dengan pemain besbol profesional

ARTIKEL BERKAITAN: Jang Nara akhirnya bergelar isteri, wajah dan identiti suami kekal misteri

Sementara itu, teman rapatnya, IU turut dilihat hadir pada acara itu selain membuat persembahan sebagai hadiah perkahwinan.

Terdahulu, pasangan ini dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta pada 2021 selepas berkenalan melalui salah seorang rakan mereka.

Pada Februari lalu, Ji Yeon sendiri mengesahkan mereka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Disember 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain