suria

Mahu lunaskan hutang, lelaki ini tanpa rasa bersalah jual kereta Rizky Febian

Teddy akhirnya mengaku jual kereta Rikzy Febian.

SEORANG lelaki dikenali sebagia Teddy Pardiyana mengaku menjual kereta milik Rizky Febian tanpa pengetahuan penyanyi tersebut.

Memetik laporan Detik Hot, Teddy terpaksa menjual kereta berkenaan kerana mahu melunaskan hutang yang ditanggungnya.

Katanya dia sebenarnya sedang cuba menyelesaikan salah faham yang berlaku ini dengan baik namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

Teddy beri alasan mahu selesaikan hutang punca jual kereta.

"Ada hutang yang perlu diselesaikan dahulu," kata Teddy ketika ditemui media di Mahkamah Negeri Bandung, Indonesia.

Menurut Teddy, kereta jenama Innova berwarna putih milik Rizky Febian itu diletakkan atas nama isterinya iaitu Lina kerana mahu mengelak bayaran cukai.

Perkara itu membuatkan Teddy berani menjual kereta berkenaan meskipun pada awalnya sekadar mahu meminjam sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian akui sunyi hidup bujang, syukur doa ingin kekasih dimakbulkan

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Rizky Febian buat konsert di KL tercapai, tiket habis terjual dalam tempoh sejam

"Disebabkan nama isteri saya, saya ingatkan itu kereta Lina, ketika itu saya memang nak meminjam untuk keperluan anak dan tidak berhasrat untuk menjual," katanya.

Teddy turut mendedahkan bahawa kereta berkenaan dibeli dari keluarga bekas kekasih Rizky Febian.

Pun begitu dia tidak mengetahui bahawa kereta itu dibeli dengan wang anak sulung Sule.

Teddy tak tahu kereta dibeli menggunakan duit Rizky.

"Setahu saya, ibu Lina yang membelinya daripada bekas kekasih Rizky Febian. Saya tidak tahu pula menggunakan duit Rizky," jelasnya.

Sebelum ini kecoh tentang kereta milik Rizky Febian dijual oleh Teddy namun lelaki berkenaan enggan mengakuinya sehingga perkara tersebut terpaksa di bawa ke mahkamah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain