suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek bunuh penyanyi rap Takeoff ditangkap, niat lari ke luar negara tak kesampaian

Patrick ditahan pihak polis selepas timbul kecurigaan lari ke luar negara.

SEORANG lelaki yang menjadi suspek kepada pembunuhan penyanyi rap, Takeoff telah ditahan pihak polis pada minggu lalu.

Ini selepas aksi lelaki itu semasa hari kejadian membawa senjata api dirakam melalui rakaman litar tertutup.

Menurut Liputan6, lelaki dikenali sebagai Patrick Xavier Clerk ini dikatakan cuba untuk lari ke luar negara apabila ditahan pihak berkuasa.

Ketika penahanan berlaku, suspek dilihat membawa pasport dan juga tiket penerbangan ke Mexico dan telah menimbulkan kecurigaan pihak polis kerana individu itu sememangnya dalam pemerhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi rap kumpulan Migos, Takeoff maut terkena tembakan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu ‘Gangsta's Paradise’, Coolio ditemukan mati dalam bilik air

Difahamkan, Patrick tidak keseorangan ketika kejadian itu berlaku dan seorang lagi suspek masih lagi diburu oleh pihak polis.

Terdahulu Patrick dikatakan telah melepaskan tembakan secara rambang apabila berlakunya pertengkaran di sebuah parti yang dihadiri oleh ramai orang termasuk Takeoff dan ahli kumpulan Migos.

Insiden yang berlaku tersebut telah menyebabkan penyanyi berkenaan maut di tempat kejadian akibat terkena tembakan suspek.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia