suria

Penyanyi lagu ‘Gangsta's Paradise’, Coolio ditemukan mati dalam bilik air

Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun.

PENYANYI rap Coolio yang terkenal menerusi lagu Gangsta's Paradise meninggal dunia pada Rabu.

TMZ melaporkan Coolio atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr., 59, ditemui tidak sedarkan diri oleh rakannya dalam sebuah bilik air.

Pengurus rapper itu, Jarez Posey memberitahu Coolio pergi ke rumah kawannya itu pada petang Rabu sebelum pergi ke bilik air untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun Coolio tidak keluar daripada bilik air sehingga dipanggil rakannya namun tiada jawapan.

elrxhvtoyp201

Wajah terkini Coolio.

"Disebabkan bimbang sesuatu berlaku kepadanya, rakannya masuk ke bilik air dan melihat Coolio terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berdiam diri, Hailey Bieber buka mulut tuduhan punca Justin Bieber dan Selena Gomez berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat iri hati Jennie Blackpink beri hadiah iPhone 14 Pro Max kepada pengurus

"Apabila paramedik tiba di lokasi, mereka mengesahkan dia sudah meninggal dunia dan Coolio dipercayai terkena serangan jantung," katanya.

Dalam pada itu, siasatan pihak polis tidak menjumpai sebarang barang terlarang di tempat kejadian dan bedah siasat akan dilakukan bagi mencari punca kematian penyanyi rap itu.

Untuk rekod, Coolio yang bergiat aktif dalam arena muzik sejak era 80-an menjadi perhatian apabila melancarkan lagu Gangsta's Paradise yang terkenal di seluruh dunia pada 1995.

Lagu berkenaan menduduki tangga pertama carta Billboard Hot 100 selama tiga minggu.

Gangsta's Paradise juga mencipta sejarah sendiri apabila mencecah satu bilion tontonan di YouTube.

Selain itu, Coolio turut dikenali menerusi lagu Fantastic Voyage, It's All the Way Live (Now) dan C U When U Get There.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain