suria

Brad Pitt kembali dilamun cinta, tapi sayangnya masih isteri orang

Brad kini dikatakan rapat dengan Emily.

KISAH cinta pelakon Brad Pitt kini kembali menjadi bualan apabila dia dikatakan sedang rapat dengan seorang model bernama Emily Ratajkowski.

Menurut laporan People, sumber mendedahkan kedua-dua mereka sering meluangkan masa bersama namun masih samar sama ada mereka sedang serius bercinta atau sebaliknya.

“Mereka sering meluangkan masa bersama namun rakan-rakan rapat tidak tahu adakah hubungan mereka serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumber dedah Angelina Jolie individu lapor Brad Pitt mengamuk dalam kapal terbang pada 2016

“Mereka tidak dilihat sebagai pasangan bercinta,” jelas sumber berkenaan.

fd8d4c44e555349ddb610f70efab444a

Brad Pitt kembali membuka hatinya untuk bercinta.

Kisah tersebut juga mengejutkan banyak pihak kerana Emily kini masih dalam proses bercerai dengan suaminya iaitu penerbit filem Sebastian Bear McClard.

Mereka mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu namun dikatakan berpisah pada Julai lalu.

Sementara itu, Pitt, 59, pula sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Angelina Jolie dan mereka mempunyai seorang tiga orang anak iaitu Shiloh, 16 dan pasangan kembar Vivienne dan Knox, 14.

Mereka juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Maddox, 21, Pax, 18 dan Zahara, 17.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain