suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Victoria Beckham buang tatu nama David Beckham, peminat mula spekulasi rumah tangga bermasalah 

Victoria mencetuskan spekulasi apabila membuang tatu nama suami dipergelangan tangannya.

SELEBRITI terkenal Victoria Beckham menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat apabila tatu yang dicacah dengan nama suaminya David Beckham telah dibuang.

Peminat perasan tatu yang dicacah pada pergelangan tangannya itu sudah tiada apabila Victoria memuat naik video tutorial solekan di Instagramnya baru-baru ini.

Kehilangan tatu tersebut telah menimbulkan tanda tanya tentang rumah tangga pasangan itu dan adakah ia satu petanda bahawa mereka sedang dilanda masalah.

"Kenapa awak buang tatu itu, Victoria?," soal pengikutnya di laman sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu ‘Gangsta's Paradise’, Coolio ditemukan mati dalam bilik air

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berdiam diri, Hailey Bieber buka mulut tuduhan punca Justin Bieber dan Selena Gomez berpisah

Bagaimanapun, itu bukan kali pertama bekas anggota kumpulan Spice Girls itu membuang tatu pada tubuhnya.

Sebelum ini, Victoria pernah membuang tatu berbentuk nombor roman 'VIII-V-MMVI' pada pergelangan tangan kanannya yang merujuk kepada tarikh dia dan David memperbahrui ikrar perkahwinan mereka iaitu 8 Mei 2006.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia