suria

Cekik dan pukul Lesti Kejora! Polis panggil Rizky Billar beri keterangan dakwaan keganasan rumah tangga

Rizky didakwa lakukan keganasan rumah tangga.

TIADA angin tiada ribut, rumah tangga pasangan selebriti terkenal Indonesia iaitu Rizky Billar dan Lesti Kejora dilaporkan kini sedang bergolak.

Isu ini menjadi semakin hangat selepas Lesti mendakwa dia dikasari oleh suaminya itu.

Gara-gara itu Rizky bakal dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan susulan laporan melakukan keganasan rumah tangga.

lesti kejora 2

Rizky dan Lesti bersama anak mereka.

Memetik laporan Detik, wakil dari Balai Polis Jakarta Selatan memaklumkan pihak mereka kini sedang menjalankan siasatan terhadap laporan berkenaan dan Rizky akan dipanggil oleh pasukan penyiasat.

"Pasukan penyiasat akan memanggil Rizky. Jadual untuk hadir akan ditetapkan dan pastinya dalam waktu terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar, Lesti Kejora dipanggil polis bantu siasatan YouTuber cuci duit... Sedia pulangkan hadiah kahwin RM5,850

"Kami juga akan kembali memanggil Lesti untuk memberi keterangan jika diperlukan," jelas wakil berkenaan.

Lesti sebelum ini membuat laporan polis pada Rabu lalu mendakwa suaminya itu melakukan keganasan fizikal terhadap dirinya.

Menerusi petikan laporan berkenaan, Rizky dikatakan naik angin apabila isterinya itu mendapat tahu dia berlaku curang.

Kejadian berlaku di kediaman mereka di kawasan Cilandak, Jakarta Selatan di mana Lesti mendakwa dirinya dicekik sehingga terjatuh ke lantai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain