suria

Tiada lagi hubungan cinta! Agensi sahkan Park Min Young dan kekasih sudah putus

Pihak agensi sangkal dakwaan Park Min Young terima wang ringgit dari Kang.

PELAKON, Park Min Young sebelum ini didakwa menjalinkan hubungan bersama seseorang individu berpengaruh dikenali sebagai 'Kang' sehingga mencetuskan kekecohan dalam industri hiburan Korea Selatan.

Perkara itu dilaporkan oleh Dispatch dengan memaparkan beberapa keping gambar aktres berusia 36 tahun itu bersama lelaki berkenaan.

Memetik laporan Soompi, pihak agensi memaklumkan bahawa Min Young dikatakan telah berpisah dengan lelaki tersebut.

Gambar Park Min Young bersama individu bersama Kang.

"Kami meminta maaf kerana lambat membuat kenyataan berhubung isu percintaan pelakon Park Min Young kerana pihak agensi ingin mengesahkan beberapa fakta sebelum berkata apa-apa.

"Untuk pertama kali, Park Min Young telah putus dengan individu yang dikaitkan bersama itu," katanya.

Dalam pada itu, pihak Hook Entertaiment juga menyangkal dakwaan bahawa pelakon berkenaan telah menerima manfaat dan habuan kekayaan daripada individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham buang tatu nama David Beckham, peminat mula spekulasi rumah tangga bermasalah

ARTIKEL BERKAITAN: Brad Pitt kembali dilamun cinta, tapi sayangnya masih isteri orang

"Park Min Young tidak menerima apa-apa daripada individu berkenaan malah kakaknya juga telah meletakkan jawatan disyarikat INBIOGEN dipercayai milik lelaki tersebut," jelasnya.

Pihaknya juga memaklumkan bahawa Park Min Young sedang sibuk menjalani pengambaran bagi dramanya Love In Contrack yang sedang bersiaran ketika ini.

"Kami juga meminta kerjasama semua agar memberi ruang kepada Park Min Young untuk terus fokus menjalani pengambaraan dalam dramanya," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain