suria

Celine Dion batal konsert jelajah Eropah, dedah hidap penyakit tak dapat diubati ‘Stiff Person Syndrome’

Celine menyampaikan berita buruk itu menerusi Instagram.

PENYANYI terkenal Celine Dion tampil berkongsi berita buruk dengan peminat di Instagram pada Khamis.

Celine, 54, mendedahkan dia disahkan menghidap sejenis penyakit yang tidak dapat diubati iaitu Stiff Person Syndrome (SPS).

Jelas penyanyi lagu My Heart Will Go On itu, penyakit itu menyebabkan ototnya tidak dapat dikawal.

"Saya sudah mengalami masalah dengan kesihatan sejak lama dulu, ia situasi yang cukup sukar untuk saya hadapi dan bercakap mengenainya.

skynews-celine-dion-stiff-person-syndrome_5990292

Celine membatalkan konsert jelajah di Eropah bagi memberi tumpuan kepada kesihatannya.

"Malangnya, kekejangan otot ini memberi kesan kepada seluruh hidup saya. Adakalanya saya sukar berjalan atau ia memberi kesan peti suara sehingga menyukarkan saya menyanyi seperti mana kebiasaannya," katanya.

Disebabkan masalah kesihatan itu, Celine turut mengumumkan pembatalan konsert jelajah Eropah yang sepatutnya bermula pada Februari tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa yang salah dengan tubuh badan saya?” - Celine Dion terima tempias 'body shaming' kerana terlalu kurus

ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion Sebak Terima Trofi Daripada Anak

Menurut laman web Hopkins Medicine, SPS adalah sejenis penyakit jarang berlaku dan hanya dialami oleh satu atau dua dalam sejuta orang.

Ia menyebabkan kekejangan otot yang dicetuskan oleh pelbagai faktor seperti pergerakan secara tiba-tiba, cuaca sejuk dan bunyi bising.

Dalam pada itu, Celine memberitahu peminat dia sedang mendapatkan rawatan terbaik dan mempunyai pasukan doktor pakar bagi membantunya meskipun menyifatkan ia perjalanan sukar.

"Saya sedang berusaha dengan bantuan ahli terapi untuk mengembalikan kekuatan dan kebolehan saya untuk menghiburkan peminat.

"Tetapi perlu saya akui, ia perkara yang sangat sukar," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain