suria

Dituduh makan duit isteri, Rizky Billar tunjuk bukti beri nafkah kepada Lesti Kejora

Rizky nafi tumpang kekayaan isteri.

SELEPAS sekian lama berdiam diri, pelakon Rizky Billar akhir menjawab dakwaan sebelum ini dikatakan memukul isterinya iaitu penyanyi Lesti Kejora.

Kembali aktif di laman Instagram, Rizky menerusi satu perkongsian turut membalas kenyataan mengatakan dia hidup mewah hasil duit isteri.

“Soal pukul isteri? Adakah kamu mendengar laporan berkaitan perkara tersebut pada laporan polis?

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar belajar ilmu agama, mahu bawa keluarga tunai umrah

“Secara logiknya kalau saya mampu beli barang guna duit sendiri mengapa perlu mengharapkan isteri? Saya bukan orang kaya, tapi tak pernah terlibat dengan riba.

“Ada masa saya juga letih dengan kata-kata sebegini. Kalau berdiam saya dikatakan salah, jadi lebih baik dedahkan semua,” katanya.

Menerusi hantaran tersebut, Rizky turut memuat naik bukti transaksi dia memberikan wang nafkah kepada isterinya.

Pasangan ini kembali berdamai pada hujung Oktober lalu selepas beberapa minggu berpisah selepas Lesti membuat laporan polis atas dakwaan keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Rizky.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain