suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rizky Billar belajar ilmu agama, mahu bawa keluarga tunai umrah

Pasangan Rizky dan Lesti kini semakin bahagia.

SELEPAS terpalit kontroversi berhubung keganasan rumah tangga, kehidupan pasangan sensasi Rizky Billar dan Lesti Kejora kini dilihat semakin harmoni dan bahagia.

Melupakan sengketa antara mereka, kedua-duanya kini sudah memaafkan antara satu sama lain dan kembali menjalani hidup bersama keluarga.

Malah Rizky juga mahu menunaikan hajat untuk membawa isteri bersama ahli keluarga yang lain untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpindah ke rumah lebih kecil, Rizky Billar dan Lesti Kejora didakwa alami masalah kewangan

Dalam masa sama, pelakon ini juga memberitahu dia sedang mendalami ilmu agama sebagai persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Kami rancang untuk belajar dahulu mendalami ilmu agama sebelum ke umrah.

“Insya Allah akan pergi bersama keluarga. Doakan sahaja semuanya berjalan lancar,” katanya dalam satu temubual.

Nama Rizky sebelum ini menjadi sebutan ramai apabila Lesti membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul.

Bagaimanapun selepas beberapa minggu ia diperkatakan, Lesti mengambil keputusan untuk menarik semula kes tersebut dan memaafkan suaminya itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain