suria

Bintang ‘Crash Landing On You’, Son Ye Jin dan Hyu Bin timang bayi lelaki

Son Ye Jin selamat lahirkan bayi lelaki.

PASANGAN selebriti Son Ye Jin dan juga Hyun Bin selamat menimang cahaya mata pertama selepas lapan bulan mendirikan rumah tangga.

Menurut kenyataan pihak agensi pasangan berkenaan, Son Ye Jin selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 November lalu.

"Memang benar Son Ye-jin bersalin hari ini. Ibu dan bayinya sihat," kongsinya.

Son Ye Jin lahirkan anak lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Kata agensinya, pelakon berusia 40 tahun itu sepatutnya bersalin pada awal Disember namun anaknya terpaksa dilahirkan lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Bintang Crash Landing on You itu juga dikatakan sedang berpantang di sebuah pusat jagaan yang terletak di Yeoksam-dong, Seoul.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 bulan kahwin, Son Ye Jin dikhabarkan sudah hamil... Peminat teruja nampak ‘baby bump’

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah buat persiapan kelahiran... Son Ye Jin dan Hyun Bin umum bakal timang anak lelaki

Bagaimanapun, menerusi tinjauan media sosial pasangan ini belum lagi mendedahkan nama mahupun wajah anak mereka kepada peminat.

Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 31 Mac lalu di sebuah majlis tertutup berikutan penularan Covid-19.

Pasangan ini dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas Crash Landing On You tamat siaran pada Mac 2020 namun mendedahkan kepada umum pada awal tahun 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain