suria

Pelakon ‘Squid Game’ dituduh cabul wanita, dakwa hanya pegang tangan keliling tasik 

Kerjaya Oh Young Soo musnah gara-gara tuduhan cabul.

PELAKON siri popular Squid Game iaitu Oh Young Soo didakwa melakukan perbuatan cabul terhadap seorang wanita sekitar lima tahun lalu.

Soompi melaporkan, wanita berkenaan tampil membuat laporan polis pada Disember tahun lalu dengan mendakwa pelakon berusia 78 tahun itu mencabulnya tanpa kerelaan.

Pendakwa raya cawangan Seongnam di daerah Suwon memberitahu pihak berkuasa telah menjalankan siasatan sehingga Februari lalu.

Oh Young Soo dituduh lakukan perbuatan tak senonoh.

Bagaimanapun siasatan itu dihentikan selepas mengambil keterangan saksi kejadian.

Bagaimanapun, Young Soo menyangkal dakwaan tersebut namun tetap memohon maaf kepada wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak masuk setahun! Kylie Jenner tetap rahsia wajah dan nama anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Ralat kontrak dibatalkan, Kanye West lelong produk jenama mewah harga murah

Jelasnya, dia hanya memegang tangan wanita itu ketika berjalan mengelilingi sebuah tasik.

"Saya mohon maaf kepada wanita itu memandangkan dia mahu saya berbuat demikian tetapi itu bukan bermakna saya melakukannya," katanya.

Susulan kejadian itu, segala iklan menampilkan Young Soo dihentikan sehingga kes tersebut selesai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain