suria

Ralat kontrak dibatalkan, Kanye West lelong produk jenama mewah harga murah

Kanye West jual baju berjenama milikinya secara lelong.

SELEPAS dilaporkan hilang status bilionair, penyanyi rap Kanye West ingin menjual barangan mewah hasil kerjasamanya dengan beberapa jenama terkenal sebelum ini.

Kanye memberitahu dia tidak akan menjual dengan harga yang tinggi sebaliknya akan melelongnya dengan harga lebih rendah.

Perkara itu dikongsikan Kanye ketika muncul dalam program bual bicara saluran YouTube X17.

Kanye West lelong baju berjenama miliknya.

Menerusi temu bual berkenaan, Kanye turut menunjukkan koleksi barangan mewah serta hoodie miliknya yang disimpan di sebuah studio di Los Angeles.

"Saya mempunyai 100 hoodie daripada Yeezy, Balenciaga, GAP dan Adidas. Semuanya bernilai hanya AS$20 (RM90).

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat buat tabung dana bantu Kanye West, hanya berjaya kumpul RM24

ARTIKEL BERKAITAN: Adidas tamatkan kontrak, Kanye West kini jatuh miskin

"Saya mahu semua orang mendapat tahap pakaian, makanan, minuman dan pendidikan yang sama. Kita mesti lupakan masa lalu dan fokus pada masa depan," katanya.

Sebelum ini, Kanye dilaporkan jatuh miskin selepas perjanjian bersama beberapa jenama terkenal dunia seperti GAP, Balenciaga dan Adidas ditamatkan.

Pembatalan perjanjian tersebut dilakukan selepas Kanye membuat kenyataan anti semitik yang menimbulkan kemarahan masyarakat Amerika Syarikat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain