suria

Dah nak masuk setahun! Kylie Jenner tetap rahsia wajah dan nama anak kedua

Kylie Jenner masih merahsiakan nama sebenar anak lelakinya.

SELEBRITI dan usahawan, Kylie Jenner masih lagi merahsiakan nama sebenar bayi lelakinya yang kini sudah berusia sembilan bulan.

Menurut laporan US Magazine, Kylie menjelaskan nama bayi lelakinya masih lagi Wolf, namun akan berkongsi dengan peminat sekiranya dia mahu menukar nama tersebut.

Kata Kylie, dia mungkin akan mendedahkan nama sebenar bayi lelakinya menerusi episod akhir program realiti The Kardashians.

"Nama bayi lelaki saya masih lagi Wolf. Saya akan memaklumkan kepada anda sekiranya saya menukar nama tersebut.

k1 - 1

Kylie tidak mahu bayi lelakinya mendapat perhatian umum.

"Mungkin saya akan memberitahu anda menerusi program musim ketiga nanti," katanya.

Dalam pada itu, peminat meluahkan rasa kesal di laman Twitter kerana selebriti tersebut masih lagi berteka-teki dan tidak berkongsi nama sebenar anak keduanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner dituduh terlalu manjakan anak, Stormi bergaya sakan beg tangan RM5,000

ARTIKEL BERKAITAN: Stormi dah jadi kakak, Kylie Jenner selamat bersalin anak kedua

Kylie bersama teman lelakinya Travis Scott menimang bayi lelaki berkenaan pada Februari lalu dan sehingga kini masih menyembunyikan anak mereka daripada umum.

Pasangan selebriti itu memberi nama bayi lelaki mereka sebagai Wolf, tetapi pada Mac lalu Kylie telah memutuskan untuk menukar nama tersebut.

Untuk rekod, Kylie dan Travis mempunyai seorang lagi anak iaitu Stormi yang kini berusia empat tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain