suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stormi dah jadi kakak, Kylie Jenner selamat bersalin anak kedua

Kylie hanya kongsi foto memegang tangan bayinya.

PERSONALITI terkenal Kylie Jenner mengumumkan dia sudah melahirkan cahaya mata kedua pada 2 Februari lalu.

Kylie berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin dengan memuat naik foto dia memegang tangan bayinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsiakan usia kandungan kedua, peminat musykil Kylie Jenner hamil lagi selepas berpisah dengan Travis Scott sejak tahun lalu

"2/2/22," tulis Kylie secara ringkas menerusi kapsyen di perkongsian tersebut.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Kylie dan pasangannya, penyanyi Travis Scott atas kelahiran bayi mereka.

Bagaimanapun, adik kepada model terkenal Kendall Jenner itu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai bayi keduanya itu.

Untuk rekod, Kylie dan Travis sudah mempunyai seorang anak bernama Stormi yang kini berusia empat tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia