suria

Selepas 2 bulan kahwin, Son Ye Jin dikhabarkan sudah hamil... Peminat teruja nampak ‘baby bump’

Netizen syak foto isteri Hyun Bin menampakkan seperti ada 'baby bump'.

DUA foto yang dimuat naik pelakon terkenal Korea iaitu Son Ye Jin memperlihatkan dia memakai baju gaun berwarna putih menarik perhatian pengikut di laman Instagram.

Rata-rata peminat membuat spekulasi mengatakan isteri kepada aktor Hyun Bin itu kini sedang hamil memandangkan mereka mendakwa melihat seperti ‘baby bump’ di foto tersebut.

Biarpun tiada sebarang kenyataan daripada Son Ye Jin, namun ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat.

Bagaimanapun, pihak agensi MSTeam Entertainment tampil menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan khabar angin itu tidak benar.

"Khabar angin mengenai kehamilan itu tidak benar. Kalau ada berita baik, kami akan menjadi orang pertama secara rasmi memaklumkan kepada anda semua," kata agensi.

Son Ye Jin dan suaminya sudah pulang ke Korea dari berbulan madu di Los Angeles selepas melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac lalu.

Sumber - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain