suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat lerai pergaduhan berakhir tragedi... Bapa maut ditangan anak sendiri, ditikam lima kali

Suspek ditahan polis susulan aduan yang diterima. -Gambar hiasan

NIAT seorang bapa mahu meleraikan pergaduhan bertukar tragedi apabila dia maut ditikam anak sendiri.

Tragedi berlaku ketika lelaki berusia 48 tahun itu cuba menghalang suspek yang menyerang seorang ketua kampung, namun tanpa diduga dirinya turut menjadi mangsa amukan.

Kejadian berlaku di Kampung Penumbung IIir di Sumatera Selatan, Indonesia sekitar pukul 2 petang Ahad.

Ketua Polis Indralaya, Inspektor Pertama Indra Gunawan berkata, kejadian bermula ketika Ketua Kampung Muara Penimbung Ilir, Nopri, 42, sedang duduk di hadapan rumahnya.

Suspek, Antoni, 30, kemudian datang sebelum berlaku pertengkaran antara mereka yang membawa kepada serangan menggunakan senjata tajam.

"Suspek menikam mangsa sekali. Kemudian, bapa suspek yang dikenali sebagai Saropi datang dan memeluknya untuk meleraikan pergaduhan itu," katanya.

Bagaimanapun, tindakan cuba menghentikan serangan berkenaan berakhir dengan dirinya ditikam sebanyak lima kali di bahagian belakang.

Tambah Indra, mangsa dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

"Kami sudah menahan Antoni yang disyaki menikam kedua-dua mangsa," ujar Indra. -Agensi

Artikel Lain