suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percaya amal ilmu hitam, jadi punca beberapa kematian di kampung... Pemuda bakar ibu hidup-hidup!

Hukuman berat menanti pesalah kes bunuh. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 21 tahun tergamak membakar ibunya hidup-hidup sehingga maut selepas menuduh wanita itu mengamalkan ilmu hitam dan menjadi punca beberapa kematian di kampung mereka bertahun-tahun lalu.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu teksi itu didakwa menggunakan diesel daripada kenderaannya untuk membakar mangsa yang berusia 40 tahun dalam kejadian pada Sabtu.

Menurut laporan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan melecur parah.

Lelaki berkenaan dipercayai menuduh ibunya melakukan ritual ilmu hitam dan mengaitkannya dengan beberapa kematian yang berlaku di kampung mereka pada masa lalu.

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek bagi membantu siasatan.

Suspek dikenal pasti sebagai Karre Durgesh, manakala ibunya ialah Karre Sayamma, 40. Kejadian berlaku di daerah Medak, Telangana, India, selepas lelaki itu pulang dari Hyderabad kira-kira 10 hari sebelumnya.

Polis turut mengesyaki suspek mungkin bertindak di bawah pengaruh alkohol kerana dilaporkan mengalami masalah ketagihan bahan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan tiada bukti setakat ini yang menunjukkan mangsa terbabit dalam amalan ilmu hitam seperti didakwa anaknya.

Ketua Inspektor Bulatan Alladurg, M. Renuka berkata, polis sudah menemui beberapa penduduk kampung bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berkenaan.

“Tiada bukti amalan ilmu ghaib ditemukan dalam siasatan kami. Kami bercakap dengan beberapa penduduk kampung, namun tiada seorang pun mengatakan wanita itu terbabit dalam aktiviti sedemikian,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke sebuah hospital kerajaan di Jogipet untuk bedah siasat, manakala polis meneruskan siasatan bagi mengenal pasti keadaan yang membawa kepada kejadian itu.-Agensi

Artikel Lain