suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Boleh tolong ambilkan gambar?” - Video minit-minit terakhir lelaki sebelum maut dibaham harimau dalam kandang tular

Seorang pengunjung taman hidupan liar berhampiran Doncaster, South Yorkshire maut dibaham harimau selepas memasuki kandang haiwan berkenaan, pada Sabtu. -Foto Dailystar

LELAKI yang maut dibaham harimau di sebuah taman hidupan liar berhampiran Doncaster, South Yorkshire, England, dilaporkan sempat meminta bantuan pengunjung untuk mengambil gambarnya bersama haiwan berkenaan sebelum tragedi berlaku.

Menerusi video yang dipercayai antara rakaman detik-detik terakhirnya,  mangsa kelihatan menghampiri pasangan pengunjung yang berada di situ untuk meminta bantuan berkenaan.

"Boleh tolong ambilkan gambar saya bersama harimau?" katanya kepada pasangan berkenaan sebagaimana yang didengari dalam rakaman tersebut.

Menerusi rakaman itu, sang harimau kelihatan berada di dalam kandangnya, manakala wajah lelaki terbabit tidak dapat dilihat.

Seorang wanita kemudian bersetuju membantu mengambil gambar mangsa sebelum lelaki itu kedengaran meminta satu lagi gambar.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada wanita itu sebelum rakaman tersebut berakhir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari Sabtu lalu, pasukan kecemasan menerima panggilan selepas seorang lelaki memasuki kandang harimau sebelum diserang haiwan berkenaan.

Polis South Yorkshire (SYP) mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala harimau berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kekal berada di dalam kandangnya.

Pihak polis turut memaklumkan bahawa keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai tragedi berkenaan.

Beberapa video lain turut tersebar di media sosial, dipercayai menunjukkan detik-detik terakhir mangsa sebelum diserang dan diterkam seekor harimau di dalam kandang di taman berkenaan.

Bagaimanapun, polis menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman tersebut.

Taman hidupan liar itu turut dikosongkan sejurus selepas tragedi berkenaan berlaku. -Agensi

Artikel Lain