suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepas Anwar hubungi Prabowo, menteri luar kongsi ‘report card’ langkah Indonesia atasi jerebu rentas sempadan

Keadaan terkini kebakaran kawasan hutan di Sumatera. -Gambar Manggala Agni

MENTERI Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir memaklumkan sudah menghubungi rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi menjelaskan usaha negara itu menangani kebakaran hutan dan tanah di Sumatera serta Kalimantan.

Komunikasi itu dilakukan susulan perbualan telefon antara Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Oktober lalu berhubung isu kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu merentasi sempadan.

Arrmanatha berkata, Indonesia sudah mengerahkan lebih 60,000 anggota selain menggunakan 48 helikopter dan pesawat bagi menjalankan operasi pembenihan awan serta pengeboman air.

“Ya, kita sudah berkomunikasi dengan Malaysia. Saya juga sudah bercakap dengan Menteri Luar Malaysia dan menjelaskan langkah-langkah yang telah dilakukan Indonesia.

"Ia termasuk mengerahkan lebih 60,000 anggota serta 48 helikopter dan pesawat untuk operasi pengeboman air dan pengalihan cuaca,” katanya seperti dilaporkan Antara pada Ahad.

Beliau berkata, kebakaran hutan dan tanah di Sumatera serta Kalimantan masih menjadi cabaran kepada Indonesia ketika ini.

Bagaimanapun, beliau berharap keadaan itu dapat dikawal dalam masa terdekat, terutama dengan jangkaan hujan yang boleh membantu memadamkan kebakaran.

Terdahulu, Anwar menghubungi Prabowo bagi membincangkan kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang menyebabkan jerebu turut menjejaskan Malaysia serta Singapura.

Anwar berkata, Prabowo bersetuju mengambil langkah sewajarnya bagi menangani masalah berkenaan.

Beliau turut menegaskan kesediaan Malaysia untuk memberikan kerjasama dan bantuan kepada Indonesia dalam usaha memadamkan kebakaran serta mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan penduduk.

Menurut Anwar, isu jerebu itu membimbangkan kerana memberi kesan kepada kesihatan orang ramai. -Agensi

Artikel Lain