HUBUNGAN adik-beradik berakhir tragedi apabila seorang wanita didakwa mengupah pembunuh untuk menamatkan nyawa adik kandungnya demi mendapatkan wang insurans.Wanita berkenaan, Tetty Simanjuntak, 42, kini berdepan hukuman mati daripada pihak pendakwa bersama lelaki yang didakwa diupahnya, Lusper Napitupulu, 57. Berdasarkan pertuduhan, kejadian berlaku di Jalan Rakoeta Brahmana, Desa Kineppen, Kecamatan Munte, Karo, Sumatera Utara, Indonesia, kira-kira pukul 3.45 pagi, 18 Januari lalu.Mangsa ialah adik kandung Tetty, Iwan Simanjuntak, yang berusia 33 tahun.Menurut laporan detikNews pada Jumaat, Tetty didakwa menjanjikan bayaran sebanyak Rp100 juta (RM22,800) kepada Lusper sekiranya lelaki itu berjaya membunuh adiknya.Bagaimanapun, wanita tersebut dilaporkan baru menyerahkan Rp6 juta (RM1,368) daripada jumlah yang dijanjikan. -Agensi