suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu empat anak dijerut guna sapu tangan, suami ada skandal berang mangsa enggan gugur kandungan

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan. -Gambar hiasan

KEENGGANAN seorang ibu menggugurkan kandungan berakhir tragedi apabila dia didakwa dibunuh suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Lelaki itu kemudian dipercayai cuba menyembunyikan kejadian dengan mendakwa kematian isterinya berpunca daripada reaksi buruk terhadap ubat.

Kejadian di Gandhinagar, Gujarat, India itu mula menimbulkan kecurigaan pada pagi Khamis apabila keluarga mangsa, Sangeeta, melihat kesan pada lehernya ketika berada di hospital.

Menurut polis, suaminya, Rohitji Rameshji Thakor, 33, disyaki menjerut leher mangsa menggunakan sapu tangan selepas berlaku pertengkaran berhubung kandungan tersebut.

Ketua Polis Gandhinagar, Ravi Teja Vasamsetty berkata, suspek memberitahu penyiasat bahawa mereka sudah mempunyai empat anak dan dia mahu isterinya menggugurkan kandungan terbaharu.

Bagaimanapun, Sangeeta enggan berbuat demikian.

Polis turut membuka kes terhadap wanita yang dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan suspek, Varsha Narsingh Pargi, atas dakwaan bersubahat dalam pembunuhan itu.

Hubungan mereka dikatakan bermula ketika kedua-duanya mengunjungi perpustakaan untuk membuat persediaan peperiksaan.

Berdasarkan laporan polis, sepupu mangsa menerima panggilan daripada bapa mentua Sangeeta pada pagi Khamis, memaklumkan wanita itu dimasukkan ke hospital akibat reaksi ubat.

Namun, sebaik keluarga tiba, mangsa sudah disahkan meninggal dunia.

Penemuan kesan pada lehernya kemudian mencetuskan syak wasangka sehingga membawa kepada siasatan polis.

Untuk rekod pasangan terbabit berkahwin pada 2012 dan mempunyai tiga anak perempuan serta seorang anak lelaki. -Agensi

Artikel Lain