suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat nak tangkap anak ikan, budak 13 tahun parah digigit toman gergasi 7 kg ketika main banjir!

Keadaan tangan seorang budak digigit ikan toman gergasi. -Gambar Khaosod

SEORANG budak lelaki berusia 13 tahun cedera selepas digigit ikan toman gergasi di lengan kanannya ketika bermain di kawasan banjir pada Khamis.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang duduk di atas laluan kayu yang dibina penduduk untuk memudahkan pergerakan sewaktu banjir melanda kawasan kediaman mereka.

Dia kemudian ternampak sekumpulan anak ikan berenang di bawah laluan itu sebelum mencapai air untuk menangkapnya bagi tujuan bermain.

Bagaimanapun, seekor ikan yang lebih besar tiba-tiba menggigit lengan kanannya.

Kejadian berlaku di sebuah komuniti di daerah kecil Pak Kran di Ayutthaya, Thailand dengan paras air banjir dilaporkan melebihi satu meter.

Ikan berkenaan kemudiannya dikenal pasti sebagai ikan toman bersama anak-anaknya.

Spesies itu diketahui melindungi anaknya dan boleh bertindak agresif apabila berasa terancam.

Penduduk yang memeriksa keadaan mangsa memberitahu media bahawa ikan toman dewasa itu dianggarkan seberat antara enam hingga tujuh kilogram.

Mangsa kemudian berlari mendapatkan ibunya sambil memegang lengan yang cedera dan mengalami pendarahan teruk sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Insiden itu mencetuskan peringatan kepada ibu bapa supaya mengawasi anak-anak ketika banjir, terutama bagi mengelakkan mereka bermain di dalam air tanpa pengawasan orang dewasa.

Selain risiko serangan haiwan seperti ikan dan reptilia, arus deras turut boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Laporan itu turut menyebut beberapa kes sebelum ini membabitkan kanak-kanak lelaki yang lemas ketika berenang atau meredah air banjir tanpa pengawasan orang dewasa. -Agensi

Artikel Lain