suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teguran minta perlahankan suara berakhir tragedi, nyawa pelanggan kedai makan melayang ditangan dua lelaki mabuk

Kematian mangsa dilaporkan isterinya. -Gambar hiasan

TINDAKAN seorang lelaki menegur pelanggan lain supaya memperlahankan suara ketika bercakap telefon berakhir tragedi berdarah apabila dia dibunuh.

Mangsa, Simma Mohan Rao, 42, didakwa dipintas ketika dalam perjalanan pulang oleh dua lelaki yang kemudian membunuhnya sebelum melarikan diri.

Kejadian berlaku di kampung Oppangi, daerah Srikakulam, Andhra Pradesh, India pada malam 5 Oktober lalu. 

Menurut polis, Mohan Rao bersama rakannya, Simma Srinu, singgah di sebuah kedai makanan selepas mengambil minuman beralkohol di premis berhampiran.

Pada masa sama, dua suspek yang dikenal pasti sebagai N Neelappadu dan saudaranya, R Praveen, turut mengunjungi kedai tersebut selepas minum arak.

Pertelingkahan bermula apabila Neelappadu bercakap dengan kuat menerusi telefon, menyebabkan Mohan Rao menegurnya supaya memperlahankan suara atau meneruskan perbualan di luar kedai.

Bagaimanapun, teguran tersebut mencetuskan pertengkaran yang kemudian bertukar menjadi pergaduhan.

Siasatan polis mendapati Neelappadu dipercayai menyimpan dendam terhadap mangsa susulan insiden itu.

Ekoran itu, dia bersama Praveen kemudian didakwa memintas Mohan Rao ketika lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang sebelum membunuhnya dan melarikan diri.

Susulan aduan isteri mangsa, Lakshmi, polis menjalankan siasatan dan menahan kedua-dua suspek.

Perkembangan tangkapan itu dilaporkan pada 8 Oktober, tiga hari selepas kejadian. -Agensi

Artikel Lain