suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hidu asap tebal akibat kebakaran hutan, guru wanita meninggal dunia selepas alami serangan asma

Marhamah menunjukkan foto anak perempuannya, Lisna, yang meninggal dunia akibat serangan asma. -Foto Detik.com

SEORANG guru sambilan meninggal dunia selepas mengadu sakit dada dipercayai berpunca daripada kabus asap tebal akibat kebakaran hutan dan tanah.

Guru dikenali sebagai Lisna, yang bertugas di Sekolah Dasar Negeri (SDN) Tanjung Pagar 3, Banjarmasin, Indonesia, menghembuskan nafas terakhir pada 27 September lalu.

Menurut ibu kepada guru berkenaan, Marhamah, anaknya mempunyai sejarah penyakit asma mengalami serangan berulang sejak sebulan lalu, ketika kabus asap menyelubungi kawasan Banjarmasin akibat kebakaran hutan dan tanah.

Lebih menyedihkan, Marhamah berkata Lisna tetap meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dan hadir ke sekolah setiap hari meskipun pihak berkuasa pendidikan setempat telah mengarahkan pelaksanaan pembelajaran jarak jauh (PJJ).

"Setiap hari dia menggunakan nebulizer. Setiap kali pulang mengajar, dia akan meminta untuk menjalani rawatan itu kerana asmanya kembali menyerang," kata Marhamah sambil berlinangan air mata setiap kali bercerita mengenai pemergian anak perempuannya itu.

Marhamah turut mendakwa kawasan sekitar sekolah tempat anaknya mengajar diselubungi kabus asap yang lebih tebal berbanding kawasan lain.

Keadaan itu menyebabkan wanita tersebut percaya pendedahan kepada asap kebakaran ketika berada di sekolah berkemungkinan menyumbang kepada serangan asma yang kerap dialami Lisna.

Menurut Marhamah, keadaan kesihatan anaknya semakin merosot sepanjang seminggu sebelum meninggal dunia sehingga Lisna mengambil keputusan untuk bercuti kerana tidak lagi mampu meneruskan tugas seperti biasa.

"Buat sementara waktu, tugasnya digantikan oleh guru lain sepanjang dia bercuti," jelas Marhamah sambil menambah, Lisna turut meninggalkan seorang anak perempuan yang masih kecil.

Lisna akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan bapanya di kediaman keluarga mereka di Jalan Padat Karya, Kompleks Herlina, Banjarmasin, Kalimantan Selatan.

Dalam pada itu, Marhamah berharap pihak berkaitan dapat mempertimbangkan kelonggaran kepada golongan guru ketika keadaan kabus asap tebal melanda Banjarmasin.- Agensi

Artikel Lain