suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang kerap disindir, baling batu... Bapa 70 tahun tikam anak lelaki hingga maut

Pelaku kes jenayah yang mengakibatkan kematian berdepan dengan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG bapa berusia 70 tahun menikam anak kandungnya hingga mati gara-gara berang dengan tindakan mangsa melontarkan kata-kata sindiran selain melemparkan batu terhadapnya. 

Dalam kejadian yang berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Jati Kulon, Kudus, Jawa Tengah, mangsa meninggal dunia akibat luka tikaman di bahagian kiri dada yang menembusi jantungnya.

"Motifnya adalah kerana suspek berasa sakit hati. Mereka sebelum ini kerap bertengkar dan mangsa sering memarahi suspek tanpa sebab," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jati, Inspektor Pertama Bambang Rubiyanto, semasa sidang akhbar di Balai Polis Kudus pada Jumaat (9 Oktober).

Menurut Bambang, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 34 tahun melontarkan kata-kata sindiran terhadap suspek yang ketika itu baru pulang ke rumah. 

"Pada mulanya, suspek tidak mengendahkannya. Mangsa kemudian membaling batu ke arah suspek yang sedang merokok di beranda.

"Batu itu terkena leher suspek dan membuatkannya berang lalu mengambil pisau dan cuba menikam mangsa.

"Mangsa sempat berdiri dan menyerang suspek. Berlaku pergelutan hingga tikaman mengenai dada mangsa. Mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan namun meninggal dunia akibat luka tikaman yang menembusi jantungnya," tambahnya.

Bambang menambah, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah berulang kali memprovok suspek sebelum ini.

"Mangsa kerap memarahi suspek dan pernah menyiramnya dengan air semasa dia sedang tidur. Difahamkan suspek alami masalah tekanan mental," ujarnya.

Bambang berkata siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis sebelum pendakwaan dilakukan terhadap suspek. -Agensi

Artikel Lain