BERKONGSI penglibatannya dalam filem Denu, pelakon Nad Zainal memberitahu dia sudah menjangka karya tersebut kurang mendapat perhatian penonton di pawagam ketika ditayangkan sekitar Ogos 2025. Malah dengan rendah hati, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin menyifatkan dia bukanlah wajah yang mampu menjadi tarikan peminat filem untuk menonton. "Filem ini tidak mendapat perhatian ramai pada waktu tayangannya. Saya sudah jangkakan.Nad berjaya menghidupkan watak Asmah dalam 'Denu'. "Saya bukan wajah pelaris panggung, nak pula ia kisah Mak Yong. Namun ketika Datuk Tamimi (Siregar) menghubungi dan mengatakan saya terpilih untuk watak Asmah, saya amat terharu," katanya.Nad menulis perkara tersebut selepas namanya diumumkan sebagai calon kategori Pelakon Wanita Terbaik sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35.Bercakap lanjut, pelakon ini turut menghargai kepercayaan diberikan meskipun dia bukanlah anak kelahiran negeri Kelantan yang terkenal dengan budaya seni Mak Yong.ARTIKEL BERKAITAN: Jun Lojong tidak tercalon FFM35, Nam Ron pesan hormat keputusan juri... “Dia tetap menang“ ARTIKEL BERKAITAN: ‘Malam Terlarang‘ & ‘Khadam‘ ungguli Top 5 FFM35, empat legenda seni bakal diiktiraf di malam kemuncakBahkan, namanya dipilih sebagai watak utama filem arahan Datuk Tamimi Siregar itu selepas dicadangkan beberapa individu berpengalaman."Saya dapat tahu beberapa guru yang mencadangkan nama saya kepada pihak penerbit. Apabila Sabri Yunus dikatakan bakal memegang watak suami saya dalam Denu, saya amat teruja dan gemuruh," kongsinya dalam satu hantaran berserta gambar daripada filem berkenaan.Selain Nad, pelakon lain yang turut tercalon untuk kategori sama adalah Aida Amron menerusi filem Badak, Shasha Abedul (Malam Terlarang), Fish Liew (Pavane For An Infant) dan Mimi Lana (Polong).Lima calon akhir Pelakon Wanita Terbaik FFM35. Sementara itu, filem Denu juga tercalon untuk kategori lain termasuk Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki Harapan, Pelakon Wanita Harapan, Penataan Seni Terbaik dan Rekaan Busana Terbaik.Malam kemuncak FFM35 bakal berlangsung pada 21 November.