DUA filem seram iaitu Malam Terlarang dan Khadam mendominasi Top 5 Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 sebanyak 12 pencalonan secara keseluruhan. Malam Terlarang arahan Nurhanisham tercalon bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Harapan, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Penyunting Terbaik. Selain itu, filem tersebut turut tercalon Penataan Bunyi Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Rekaan Kustom atau Busana Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Tatarias atau Solekan Terbaik dan Poster Terbaik. Antara lima filem terbaik yang tercalon di FFM35.Sementara itu, Khadam pula tercalon Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-kanak Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik. Khadam lakonan Datuk Remy Ishak dan Aghniny Haque turut tercalon Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Tatarias atau Solekan Terbaik dan Poster Terbaik. Filem aksi, Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid pula tercalon sebanyak 10 kategori.ARTIKEL BERKAITAN: Idea Bront Palarae, 150 pemenang terdahulu jurikan 25 kategori FFM35ARTIKEL BERKAITAN: ‘Imaginur’ Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33Malam kemuncak FFM35 akan berlangsung pada 21 November depan dengan menampilkan Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Handerson sebagai pasangan pengacara. FFM35 juga mengumumkan empat tokoh industri yang akan memberi penghargaan kepada empat legenda seni tanah air. Mereka adalah Datuk Yusof Haslam, Datin Nurkumalasari, AR Badul dan Norlia Ghani.