suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barang hantaran Syed Saddiq untuk persiapan masa depan, Bella Astillah anggap kejutan yang istimewa

Hantaran yang diberikan Syed Saddiq mencuri tumpuan ramai.

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan pemilihan barang hantaran daripada pihaknya kepada isteri, Bella Astillah adalah berorientasikan persediaan masa depan. 

Syed Saddiq, 33, berkata fasa melayari bahtera perkahwinan memerlukan perancangan awal yang teliti merangkumi kewangan dan kesihatan agar mereka sekeluarga bersedia mendepani sebarang cabaran serta ujian mendatang.

Kata Syed Saddiq, persediaan rapi amat penting bagi menjamin kelangsungan hidup yang lebih harmoni, sihat dan stabil dalam tempoh jangka masa panjang.

Antara lain, Syed Saddiq menyediakan wang KWSP dan juga set gim lengkap. 

“Saya rasa penting untuk kita bersiap sedia untuk masa depan. Apabila kita berbicara soal masa depan, bukan semuanya baik. Ada juga gelora, cabaran dan ujian.

“Penting untuk kita membuat perancangan senario supaya apabila dibadai ombak atau melalui pelbagai ujian dan dugaan, kita sudah bersedia tidak kira dari sudut kewangan, kesihatan dan lain-lain.

“Jadi, ini tentang persediaan dan perancangan supaya, insya-Allah, jika diberikan nikmat hidup dengan jangka hayat yang panjang, kita dapat jalani kehidupan yang sihat, lebih sejahtera dan bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Syed Saddiq kini suami isteri, sah dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak Bella Astillah gembira dapat ‘ayah baharu’

“Bukan hanya antara saya dan Bella, tetapi juga bersama anak-anak serta ibu bapa kita. Semuanya tentang berorientasikan masa depan dan memastikan diri kita bersedia menghadapinya,” katanya.

Dalam pada itu, Bella mendedahkan dia tidak mengetahui secara terperinci mengenai barangan hantaran yang disediakan oleh pihak lelaki sebelum majlis berlangsung.

Jelas Bella, pemberian tersebut merupakan kejutan istimewa yang dirancang sendiri oleh suaminya.

“Berbincang secara khusus itu tiada, tetapi adalah bertanya serba sedikit. Cuma suamilah yang buat kejutan untuk saya,” kongsinya. 

Terdahulu, Bella Astillah sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.41 pagi Sabtu.

Bella dan Syed Saddiq sah suami isteri dengan sekali lafaz. 

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, dan Syed Saddiq, 33, disatukan sebagai suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Tingkat 118, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Syed Saddiq menyerahkan mas kahwin berjumlah RM500 berserta tujuh dulang hantaran kepada Bella.

Antara hantaran diberikan termasuk pelindungan insuran, emas berbentuk Gunung Kinabalu, gim peribadi dan kerusi urut, basikal, pakej pengajian, caruman sepanjang hayat berjumlah RM100,000 menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta pakej umrah.

Bella pula membalas dengan sembilan dulang hantaran antaranya cincin yang ditempah khas, kasut mewah, e-buku dan kaca mata, coklat, emas berlambangkan Ironman Malaysia, beg komputer riba, senaskah al-Quran, set minyak wangi serta tiket pertandingan larian Ultraman Australia 2027.

Artikel Lain