suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spacedollah umum bersara Presiden BASS, kini fokus dua anak Bella Astillah pula

Spacedollah umum bersara daripada presiden BASS.

ABANG kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah mengumumkan persaraannya sebagai presiden kelab peminat adiknya bersama Bella Astillah yang dikenali sebagai BASS.

Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Spacedollah berkongsi perkara itu susulan pasangan tersebut sah bergelar suami isteri pada Sabtu.

"Saya selaku presiden BASS ada satu pengumuman yang penting. Hari ini, secara rasmi tamat tugas saya sebagai presiden BASS," katanya. 

Spacedollah mahu beri fokus kepada Ayden dan Ara. 

Bagaimanapun, Spacedollah berkata dia kini mempunyai komitmen baharu dengan dipertanggungjawabkan untuk memberikan fokus kepada dua anak Bella iaitu Ayden dan juga Ara. 

"Tapi kini dilantik sebagai bapa saudara kepada Ara dan Ayden.

“Tugas saya belum tamat, sekarang kena pastikan Ara dan Ayden menjadi seorang yang legend. Misi diteruskan," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Selama ini yakin berdebat di Parlimen” - Syed Saddiq gementar sampai menggeletar, lega sudah sah jadi suami Bella

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Syed Saddiq kini suami isteri, sah dengan sekali lafaz

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz tepat pada pukul 10.41 pagi, Sabtu.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, dan Syed Saddiq, 33, melangsungkan majlis akad nikah penuh bermakna itu di Tingkat 118, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan berwakil walikan bapa kandung Bella iaitu Awang Astillah Abdullah.

Bella dan Syed Saddiq sah bernikah pada Sabtu. 

Untuk rekod, pasangan ini sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas sekian lama menjalin hubungan persahabatan yang rapat.

Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada September 2016.

Pasangan tersebut bagaimanapun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula, namun akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan terdahulu itu, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Artikel Lain