HATI penyanyi Shiha Zikir luluh dan terkejut apabila mengetahui keputusan pemeriksaan kesihatan ibunya, Rohana Ibrahim, sekali gus membuatkan dia tidak mampu menahan air mata.Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, berkata berita duka itu sesuatu yang tidak pernah dijangka, namun dia bersyukur kerana ibunya berfikiran positif dan kuat semangat dalam menghadapi dugaan tersebut. Kata Shiha, kini dia mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap kesihatan fizikal dan mental ibunya sepanjang menjalani rawatan.Shiha tidak dapat menahan sebak selepas mengetahui masalah kesihatan ibunya.“Alhamdulillah, sekarang ni dalam fasa untuk saya menjaga kesihatan dan mental mak. Saya nak dia gembira sepanjang tempoh rawatan dijalankan.“Saya harap sangat mak akan terus diberikan kekuatan dalam diri serta diberikan kesihatan mental yang stabil,” katanya kepada mStar. Bagaimanapun, Shiha memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci masalah kesihatan yang dihadapi ibunya bagi menjaga privasi dan memastikan Rohana berasa selamat sepanjang menjalani rawatan.Jelasnya, keputusan pemeriksaan kesihatan itu agak mengejutkan dirinya, namun dia bersyukur apabila melihat ibunya masih mampu mengekalkan sikap positif.ARTIKEL BERKAITAN: Hati tak tenang... Shiha Zikir belum sedia kongsi masalah kesihatan ibuARTIKEL BERKAITAN: “Bukan rezeki abang” - Shiha Zikir ralat tak sempat cipta lagu buat anak sulung Amyza Aznan, projek bersama Adrian pasti jadi“Keadaan mak ketika ini yang memerlukan saya untuk memberikan fokus kepadanya. Saya belum bersedia nak kongsikan sebab tak mahu ibu dihubungi ramai orang dan membuatkan dia rasa tak selamat."Buat masa ini biar keluarga saja yang tahu,” ujarnya. Dalam masa sama, Shiha turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan adik-beradik yang saling membantu dan boleh bergilir-gilir meluangkan masa untuk menjaga ibu mereka.Bagi Shiha, sokongan keluarga amat penting bagi memastikan kebajikan dan keselesaan ibunya sentiasa terpelihara sepanjang melalui tempoh rawatan.“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana mempunyai adik-beradik yang boleh membahagikan masa untuk menjaga mak.Shiha (kiri) masih belum bersedia berkongsi penyakit yang dihidapi ibu.“Mak juga seorang yang sangat positif dan sentiasa memberi semangat buat Shiha untuk meneruskan kerjaya dan sekarang ini pada saya hanya satu iaitu saya perlu kerja keras untuk mak.“Saya akan kerja keras dan pastikan mak dalam keadaan yang selesa,” katanya. Sebelum ini, Shiha menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan ibunya kini sedang menerima rawatan di hospital.Penyanyi lagu Minta Ampun itu turut meluahkan rasa sayu selepas menerima keputusan pemeriksaan kesihatan ibunya, lebih-lebih lagi apabila berdepan kehilangan kucing kesayangan pada tempoh sama.