suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau ikutkan dua, tiga minggu lalu nak kahwin”... Fazley dedah sebab perlukan masa nikahi Vida

Fazley (kanan) mengakui sudah bersedia untuk menikahi Vida.

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui sudah memasang hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, namun terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum mereka melangkah ke fasa seterusnya.

Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 48, berkata dia dan Vida sebenarnya sudah mempunyai keinginan untuk berkahwin sejak beberapa minggu lalu, tetapi proses menyatukan dua keluarga memerlukan masa serta perancangan yang teliti.

"Kalau ikutkan, dua tiga minggu sebelum ini memang nak kahwin. 

"Hati itu memang rasa dah sampai tapi apabila dua keluarga bakal disatukan, kita ada proses-proses untuk menjaga hati, menyatukan keluarga, ada ‘paperwork’ yang harus dibuat. 

Fazley tetap mengutamakan keluarga dalam membuat keputusan untuk bernikah.

"Sebab yang berkahwin ini bukan teruna dan dara, tetapi duda dan janda. Jadi proses itu perlu tunggu dan mengambil masa sedikit... doakan yang terbaik," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Fazley memberitahu dia dan Vida turut menitikberatkan adat Melayu dalam setiap perancangan memandangkan kedua-dua pihak masih mempunyai ibu bapa yang perlu dihormati.

Justeru, mereka sepakat untuk mengikuti setiap proses yang ditetapkan, termasuk merisik, bertunang dan seterusnya bernikah sebelum mengumumkan perkara itu kepada umum.

"Saya dan DSV (panggilan Vida) memang menjaga adat kerana kami masing-masing masih mempunyai orang tua dalam keluarga. Orang tua sebelah keluarga saya, orang tua sebelah keluarga DSV. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak begitu lama“ - Fazley Yaakob beri bayangan majlis kahwin makin dekat, sudah jatuh cinta ‘sisi sebenar‘ Datuk Vida

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika semua dipermudahkan” - Vida rancang hubungan serius dengan Fazley, ‘ujian tunang’ sekadar gurauan

"Adat itu kita akan patuhi. Bermakna kita akan melalui proses merisik, bertunang, nikah dan sebagainya dan menghebahkan pada umum. 

"Jadi nantikan, doakan supaya apa yang kami hasratkan, dua keluarga ini dapat disatukan secara halal, insya-Allah," ujarnya.

Mengulas lanjut, Fazley berkongsi, keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan hanya membabitkan dirinya dan Vida, sebaliknya perlu mengambil kira perasaan serta pandangan ahli keluarga, termasuk anak-anak masing-masing.

"Apabila masing-masing ada keluarga dan anak-anak, kita berbincang secara telus dan pada saya, adat Melayu itu perlu kita patuhi. Jadi tidak boleh melangkau apa-apa adat. 

"Tak boleh tunang sebelum merisik, tak boleh nikah ataupun sebelum buat pengumuman dan sebagainya. Mesti ada langkah-langkah yang kita hormati. 

Vida (kiri) dan Fazley memberi bayangan bakal bernikah dalam masa terdekat.

"Tapi saya cakap ramai orang bertanya mengapa belum ada apa-apa paparan (perkongsian), pada saya begini. Kita beri laluan pada adinda-adinda saya. Selepas itu, insya-Allah mungkin kami pula yang akan melancarkan perjalanan dan melangsungkan apa yang perlu dilangsungkan, insya-Allah," katanya. 

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, Fazley memberi bayangan jelas hubungannya bersama Vida bakal melangkah ke jenjang pelamin. 

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan menegaskan perancangan tersebut memerlukan masa serta penelitian rapi mengikut adat dan situasi semasa. 

Untuk info, Fazley dan Vida atau Hasmiza Othman, 55, mula akrab sejak mereka dan anak masing-masing, Cik B dan Fariedz menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Artikel Lain