suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jika semua dipermudahkan” - Vida rancang hubungan serius dengan Fazley, ‘ujian tunang’ sekadar gurauan

Vida tidak menolak untuk lebih serius dengan Fazley.

USAHAWAN Datuk Seri Vida menjelaskan status yang dimuat naik kononnya dia sudah bergelar tunangan kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob hanyalah sekadar gurauan di media sosial.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, Vida atau Hasmiza Othman, 55, memberitahu mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi dan belum mengikat sebarang ikatan perhubungan.

"Content itu sekadar bergurau dan melayan netizen. Buat masa ini, kami sebenarnya belum bertunang.

Vida dan Fazley rancang ke fasa lebih serius dalam hubungan. 

"Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan memahami perjalanan hidup satu sama lain," katanya ketika dihubungi mStar.

Vida mengulas perkara tersebut selepas dia berkongsi satu hantaran di Threads seolah-olah memberi bayangan sudah bertunang dengan Fazley.

Dalam masa sama, usahawan ini juga memberitahu dia dan Fazley tidak menolak untuk membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ujian fasa bertunang”... Vida bagi ‘hint’ status hubungan dengan Fazley Yaakob 

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob lebih hati-hati kongsi kandungan dengan Vida, mohon maaf paparan kurang sesuai

"Namun, tidak dinafikan kami memang sedang berbincang dan merancang ke arah fasa yang lebih serius, jika semuanya dipermudahkan.

"Buat masa ini, kami selesa menikmati proses mengenali satu sama lain tanpa terlalu terburu-buru," ujarnya.

Perkongsian Vida yang menimbulkan tanda tanya ramai. 

Sementara itu, Fazley turut memberi jawapan sama apabila diminta mengulas tentang hubungan mereka yang sering kali menjadi tumpuan ramai.

"Sudah tentu dalam perancangan untuk ke fasa yang lebih serius. Doakan kami berdua ya semua," kongsinya.

 

 

Artikel Lain