suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ujian fasa bertunang”... Vida bagi ‘hint’ status hubungan dengan Fazley Yaakob

Hubungan rapat Fazley dan Vida sering menjadi perhatian ramai.

STATUS Threads yang dikongsi oleh usahawan Datuk Seri Vida di laman Threads menimbulkan tanda tanya ramai selepas dia seolah-olah mengesahkan sudah bertunang dengan penyanyi Datuk Fazley Yaakob.

Menerusi perkongsian tersebut, Vida atau Hasmiza Othman, 55, memberitahu dia yang menetap di Ipoh, Perak, sanggup bergegas datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu Fazley.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah luahannya yang menulis 'ujian fasa bertunang' dalam hantaran berkenaan.

Status yang dikongsi Vida menimbulkan tanda tanya. 

"Dari Ipoh terus ke KL sebab nak ziarah abe ku kaki terpeleot masa main badminton.

"Ujian fasa bertunang. Semoga abe cepat sembuh," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob lebih hati-hati kongsi kandungan dengan Vida, mohon maaf paparan kurang sesuai 

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan ‘content’ atau gimik tapi hubungan dari hati” - Fazley Yaakob dah dapat restu ibu, tunggu masa umum nikah Vida

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, namun hantaran tersebut dipercayai ditujukan kepada Fazley yang turut berkongsi mengenai kecederaannya sebelum ini.

Malah, menerusi beberapa video yang dimuat naik di laman TikTok, Vida juga sempat berkongsi pertemuannya dengan Fazley ketika berada di Kuala Lumpur.

Vida beri bayangan kini dalam fasa bahagia. 

Sementara itu, menerusi satu ruangan komen, Vida juga tidak menafikan apabila seorang pengguna media sosial yang bercakap mengenai status hubungan mereka.

Malah, dia turut meluahkan fasa bahagia dalam hidupnya kini.

"Sebelum bahagia ini pun saya lama kesepian," komennya ringkas.

 

Artikel Lain