suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emma Suhaimi tak berani kenal secara online, ada ‘pakcik’ siap tawar emas 500 gram... “Cukuplah dapat lelaki normal”

Emma tidak berani berkenalan dengan lelaki menerusi media sosial.

STATUS sebagai wanita bujang tidak membuatkan penyanyi Emma Suhaimi mudah menerima sesiapa sahaja yang cuba mendekatinya menerusi media sosial.

Menurut Emma, 37, soal mencari pasangan bukan perkara yang boleh dilakukan secara suka-suka di alam maya kerana dia bimbang dengan risiko apabila bertemu individu yang tidak dikenali.

Justeru, setiap kali menerima DM daripada lelaki yang cuba berkenalan, Emma lebih selesa membiarkannya tanpa sebarang respons.

Emma tidak meletakkan syarat untuk menjadi teman lelakinya.

Emma banyak menerima DM di media sosial daripada lelaki tidak dikenali.

"Saya ada banyak menerima DM, ada juga yang sampai pergi masuk dalam live TikTok ibu saya menyatakan hasrat. 

"Tapi saya tak layan sebab tak berani. Nanti terjumpa dengan lelaki jahat pula. Saya tak pandai berkenalan online. 

"Saya lebih suka cara lelaki gentleman yang terus meluahkan perasaan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Lihat kemelut rumah tangga dilalui Adira buatkan Emma Suhaimi takut tersalah langkah

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Suhaimi susut 16kg demi ’comeback’ menyanyi, kerap putus cinta punca kuruskan badan

Dalam pada itu, Emma berkata dia mengabaikan kebanyakan mesej daripada lelaki yang cuba mendekatinya kerana bimbang jika menerima pelawaan untuk bertemu secara bersemuka.

Menurut Emma, dia juga pernah menerima tawaran daripada seorang lelaki yang sanggup memberikannya emas seberat 500 gram sebagai tanda perhatian.

"Kebanyakannya memang saya 'ghosting' (tak layan) saja. Saya takut kalau jumpa nanti kena pukau. Bimbang juga saya hilang tak balik rumah. 

"Ada yang sanggup nak beri saya emas 500 gram, tapi bila tengok gambar... minta ampun pakcik (terlalu tua). Datuk siapa ni? 

"Kita berpijak pada dunia nyata. Saya tak pernah jatuh cinta dengan lelaki berusia tapi itulah semua rahsia Tuhan kan," ujarnya.

Emma banyak menerima DM di media sosial daripada lelaki tidak dikenali.

Emma tidak meletakkan syarat untuk menjadi teman lelakinya.

Emma bagaimanapun menegaskan dia tidak meletakkan harapan tinggi terhadap ciri lelaki yang bakal menjadi pasangan hidupnya.

Katanya, dia hanya menginginkan seorang lelaki yang sederhana dan mampu menjalani kehidupan bersama sehingga hujung usia.

"Cukuplah saya dapat seorang lelaki yang normal. Lelaki sekarang ramai tidak normal. 

"Kalau lelaki biasa-biasa pun saya okay, sumpah tak ada expectation," katanya.

Artikel Lain