suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Nurhaliza masih ingat, Tun Siti Hasmah peluk dan berbisik... “Ini mungkin persembahan terakhir”

Siti sempat berkongsi pentas membuat persembahan bersama Tun Siti Hasmah.

PENGALAMAN berkongsi satu pentas membuat persembahan bersama Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merupakan antara kenangan yang tidak akan dilupakan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kata Siti, masih segar diingatan kata-kata yang dituturkan oleh Tun Siti Hasmah semasa mengiringi persembahannya dalam Program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) – Sounds of Malaysia di Universiti Multimedia (MMU) pada Ogos 2025.

"Kenangan bersama Bonda Tun Hasmah tidak akan hilang daripada ingatan saya selamanya. Semasa persembahan, Bonda Tun berbisik kepada saya... ‘Ini mungkin persembahan terakhirnya bersama saya’.

Siti kongsi kenangan bersama Allahyarham Tun Siti Hasmah. 

"Kerana itulah saya tidak dapat menahan air mata dan terus menangis sepanjang latihan bersama arwah," katanya menerusi hantaran di InstaStory.

Menerusi hantaran berkenaan, Siti turut berkongsi video lama menyaksikan momen mereka berdua di acara berkenaan.

Kelihatan juga penyanyi itu sebak sambil menyaksikan Tun Dr Siti Hasmah bermain violin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah seorang tokoh wanita penyayang, lemah lembut, miliki sifat keibuan tinggi - Siti Nurhaliza 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tahan sebak, kongsi momen kucupan terakhir buat Tun Siti Hasmah

Dalam masa sama, Siti turut menyifatkan pelukan hangat tokoh negara yang mesra disapa dengan panggilan Bonda Tun itu menjadi satu kenangan yang sangat bermakna.

"Saya dapat rasakan pelukan erat seorang ibu. Saya pun rasa tidak mahu melepaskan pelukan erat itu. Bonda Tun akan selalu berada dalam doa saya, sebagaimana doa saya buat mak dan abah,” ujarnya.

Pemergian Tun Siti Hasmah meninggalkan kesan buat ramai orang. 

Untuk info, Tun Hasmah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pada petang Isnin.

Artikel Lain