BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir ke kediaman Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di The Mines Residence, Seri Kembangan, Selangor, bagi memberikan penghormatan terakhir pada Isnin.Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, dilihat tidak dapat menahan sebak ketika berada di sisi Allahyarham sebelum memberikan kucupan terakhir sebagai tanda penghormatan. Tampil mengenakan persalinan serba hitam, Siti sebelum ini menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan yang cukup dekat dengan dirinya.Siti (kiri) sempat menyapa Tun Mahathir ketika berkunjung di kediamannya.Dalam video sama, Siti turut dilihat bersalaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyampaikan salam takziah atas pemergian isteri tercinta.Siti kemudian sempat melemparkan senyuman kepada Tun Mahathir yang ketika itu duduk di kerusi roda.ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah seorang tokoh wanita penyayang, lemah lembut, miliki sifat keibuan tinggi - Siti NurhalizaARTIKEL BERKAITAN: “Lemah lembut dan baiknya arwah” - Shila Amzah ‘throwback’ kenangan Tun Siti Hasmah hadir pelancaran album pertama tahun 1999Video berkenaan turut mendapat perhatian ramai apabila meraih lebih satu juta tontonan selain menerima lebih 80,000 tanda suka.Untuk info, Tun Hasmah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya selepas Asar.