PENYANYI Zizi Kirana tidak menyangka pertemuan pertamanya dengan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah pada minggu lalu menjadi kenangan terakhir buat dirinya.Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, berkata dia berkesempatan bertemu dan bersalaman serta beramah mesra dengan tokoh yang digelar 'Ibu Negara' itu. "Baru minggu lalu, setelah 41 tahun usia saya, Allah izinkan saya akhirnya bertemu beliau (Siti Hasmah) secara berdepan.Perkongsian Zizi di Threads miliknya."Saya sempat bersalaman dengan Tun, dan beliau sempat menegur, ‘Kenapa tangan sejuk?’."Hari ini, teguran itu menjadi satu kenangan yang akan saya simpan dalam hati sampai bila-bila," katanya.Zizi berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Threads miliknya pada pagi Isnin.Berkongsi lanjut, Zizi mengakui tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa pertemuan istimewa tersebut menjadi salam terakhirnya bersama Allahyarham.ARTIKEL BERKAITAN:Tun Siti Hasmah meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN:Zizi Kirana sedar ramai nak tahu cerita Yasin... Nasihat podcaster lebih berhati-hati, tapis kandungan sebelum siarMalah, penyanyi itu turut menitipkan doa agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima segala amal solehnya serta menempatkan beliau dalam rahmat dan syurga-Nya."Tak pernah terlintas bahawa pertemuan yang begitu istimewa itu rupanya menjadi salam terakhir saya buat Allahyarhamah."Semoga Allah mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal solehnya, melapangkan dan menerangi alam kuburnya, serta menempatkan beliau dalam rahmat dan syurga-Nya. Teguran itu menjadi satu kenangan yang akan saya simpan dalam hati sampai bila-bila.ZIZI KIRANAPenyanyi"Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali," ujarnya.Untuk rekod, Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada pagi Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan berita pemergiannya disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube