suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Liyana Jasmay mula berlakon, mahu pertaruhkan bakat bukan sekadar gelaran ‘nepo baby’

Liyana menganggap gelaran ‘nepo baby’ adalah satu kelebihan.

MEMILIKI ibu yang sudah lama berada dalam industri hiburan sememangnya memberi kelebihan buat anak kepada pelakon Liyana Jasmay iaitu Selena Jasmay untuk mengenali dunia lakonan sejak kecil.

Namun, bagi Liyana, 38, kelebihan sebagai ‘nepo baby’ bukan tiket untuk anaknya yang berusia 10 tahun itu mendapat peluang tanpa perlu membuktikan kemampuan sendiri.

"Bagi saya ini kita panggil nepotism dan satu kelebihan. Kalau dia (anak) tak ada bakat pun saya takkan ambil. 

Liyana (kiri) terbuka memberi peluang untuk Selena menceburi bidang lakonan.

"Jadi saya cuba lihat dulu sejauh mana anak saya mahu bergiat dalam bidang seni, kalau ini yang dia suka kenapa tidak," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Liyana berkata dia sentiasa mengingatkan anaknya supaya tidak terlalu bergantung kepada kelebihan yang dimiliki sebagai anak kepada individu dalam industri hiburan.

"Ada segelintir individu menjadi 'nepo baby' tetapi tidak menggunakan kelebihan itu dengan baik. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin hantu raya ini memang ganas“ - Liyana Jasmay dakwa ‘diganggu‘ di Cherating, ustaz saran baca al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Perangai umpama syaitan“ - Liyana Jasmay sedih rakan industri mengumpat dirinya, kesal tiada kebersamaan dalam dunia seni

"Saya cakap dengan anak, dia beruntung berada di situasi ini jadi tak boleh rasa kelebihan ini akan ada selamanya. 

"Kena selalu rasa bersyukur, kalau dia ada di dalam set penggambaran, dia bukan anak saya. Saya akan layan dia seperti pelakon lain juga," ujarnya. 

Liyana bagaimanapun memberitahu buat masa ini dia hanya memberi peluang kepada Selena untuk berlakon dalam produksi arahannya sendiri memandangkan usia anaknya masih kecil.

Liyana sentiasa menyokong minat anak-anak.

"Buat masa ini saya tak beri dia berlakon di mana-mana produksi selain saya kerana dia masih terlalu kecil. 

"Takut nanti hantar berlakon dengan orang tapi tak boleh beri persembahan terbaik pula. Jadi biar saya latih dia dulu," katanya. 

Pemuja Syaitan merupakan karya sulung arahan Liyana yang dibintangi Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar dan Aila Azizul. 

Filem tersebut bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober ini. 

 

Artikel Lain