suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas wartawan, pelakon Fauziah Samad meninggal dunia

Fauziah disahkan meninggal dunia pada pukul 4 petang Ahad.

BEKAS wartawan dan pelakon Fauziah Samad menghembuskan nafas terakhir di kediamannya kira-kira pukul 4 petang, Ahad.

Berita duka pemergian Fauziah, 71, itu disahkan sendiri oleh suaminya iaitu Pazeli Ishak. 

"Ya betul, Allahyarham meninggal dunia pada sekitar 4 petang di rumah.

"Ahli keluarga tidak sempat untuk bawa ke hospital, dia meninggal di rumah," katanya ketika dihubungi mStar. 

Berita pemergian Fauziah di kongsi oleh anaknya menerusi Facebook.

Berita pemergian Fauziah di kongsi oleh anaknya menerusi Facebook.

Menurut Pazeli, 58, Fauziah mengalami muntah darah selain pening kepala bermula pada malam Sabtu sehingga sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Malah, sehingga kini dia masih belum mengetahui punca kematian isterinya itu.

"Saya tidak tahu sakit apa. Tapi malam tadi dia ada muntah-muntah, muntah berdarah dan pening kepala selepas bangun tidur. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Ibnor Riza dan Fauziah Samad dapat perhatian PM, Anwar hulur sumbangan bantu ringan beban

ARTIKEL BERKAITAN: Tokoh perfileman negara L Krishnan meninggal dunia usia 104 tahun

"Sekarang saya berada di balai polis. Untuk urusan jenazah dan juga pengebumian itu semua belum dapat tahu sebab mahu selesaikan di balai polis terlebih dahulu," ujarnya. 

Pada tahun 2023, mStar melaporkan Fauziah menghidap penyakit osteoarthritis iaitu berkaitan radang sendi sejak tahun 2006 sehingga terpaksa berkerusi roda.

Untuk info, Fauziah memulakan kerjaya sebagai wartawan pada tahun 1973 di beberapa media tempatan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Berita Harian dan Karangkraf.

Fauziah mula menjadi pelakon pada tahun 1980. 

Kemudian, dia mencipta nama sebagai pelakon pada tahun 1980 hingga awal tahun 2000 menerusi beberapa drama iaitu Pak Tam Duda, Santan Berlada dan drama bersiri Rumah Kedai

Fauziah juga pernah menerbitkan album bersama Allahyarham Mr.Os berjudul Berkenan Bebenor Teman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain