PENYANYI Marsha Milan dan Hazama akhirnya menikmati detik manis dalam karier muzik apabila masing-masing buat julung kali membawa pulang trofi di malam Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).Lebih bermakna, kejayaan itu hadir selepas Marsha menanti selama 21 tahun untuk meraih pengiktirafan di pentas AIM, manakala Hazama pula menganggap kemenangan selepas dua dekad dalam industri sebagai bukti segala usaha dan karya selama ini tidak sia-sia. Marsha membawa pulang dua trofi menerusi kategori Lagu Etnik Terbaik bagi lagu Pelangi Pasti ciptaan Amir Jahari serta Kulit Album Terbaik menerusi album Misompuru rekaan Aidil Saleh.Marsha berjaya bawa pulang dua trofi AIM25.Hazama pula memenangi kategori Runut Bunyi Terbaik Dalam Filem/Drama menerusi lagu Aku Bukan Narsisis ciptaan Farouk Roman.Marsha ketika ditemui di sidang media AIM25 berkata dua kemenangan tersebut cukup bermakna kerana ia adalah antara pengiktirafan yang dinanti-nantikannya sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni."Terus-terang, saya sebenarnya sangat-sangat terharu. Apa pun, saya sangat berterima kasih dan bersyukur kerana ini adalah antara anugerah yang saya nantikan sejak 21 tahun lalu."Ini antara pengiktirafan yang saya tunggu-tunggukan kerana baru beberapa tahun kebelakangan ini saya dapat betul-betul berkarya dengan muzik saya.ARTIKEL BERKAITAN: Mimifly ‘sapu‘ 5 trofi AIM25, Vokal Wanita dan Lagu Terbaik milik Siti NurhalizaARTIKEL BERKAITAN: Kos RM4 juta, penganjuran luar KL punca belanja AIM25 meningkat"Alhamdulillah, saya juga berterima kasih kepada Amir kerana menghasilkan lagu yang sangat indah dan memberi inspirasi," katanya.Menurut Marsha, penghasilan karya yang mengangkat identiti Borneo menjadi antara sumber kekuatan untuk terus percaya kepada kemampuan diri biarpun terpaksa melalui pelbagai cabaran sepanjang berada dalam industri muzik.Malah, Marsha menegaskan kejayaan meraih dua trofi berkenaan bukanlah pencapaian peribadi semata-mata, sebaliknya hasil kerja keras serta sokongan rakan-rakan yang terlibat dalam penghasilan album tersebut."Saya sangat bersyukur sekarang. Saya sebenarnya tidak pernah berhenti mempercayai diri sendiri walaupun kadang-kadang saya fikir banyak ujian yang datang. Saya masih tidak percaya kerana ini kali pertama saya merasakan kemenangan.HAZAMAPENYANYI"Antara pembakar semangat saya sepanjang berkarya adalah lagu-lagu yang berkaitan dengan DNA saya, iaitu Borneo."Misompuru ini adalah antara projek pertama yang saya rasa saya berikan segala-galanya," ujarnya.Sementara itu, Hazama pula menyifatkan kemenangan lagu Aku Bukan Narsisis sebagai pengiktirafan yang cukup bermakna selepas 20 tahun membina kerjaya dalam industri muzik.Penyanyi itu mengakui masih sukar mempercayai kejayaan tersebut kerana sebelum ini dia sudah terbiasa pulang tanpa membawa sebarang trofi setiap kali menghadiri majlis anugerah.Hazama rasa janggal pulang membawa trofi."Saya masih tidak percaya kerana ini kali pertama saya merasakan kemenangan seperti ini. Mungkin esok baru saya tahu apa sebenarnya perasaan itu kerana hari ini saya masih macam tak percaya."Selalunya pengalaman saya apabila datang ke majlis anugerah, apabila tercalon, saya balik seperti biasa sahaja."Jadi, kali ini adalah pertama kali saya rasa macam ini. Rasa gembira dan saya sendiri tidak tahu mahu rasa bagaimana," katanya.Dalam pada itu, Hazama berkata kemenangan tersebut membuatkan dia percaya perjalanan selama dua dekad dalam industri muzik bukan sesuatu yang sia-sia, malah menjadi bukti perkembangan dalam penghasilan karyanya.Hazama mula serius selepas mendapat pengiktirafan."Saya rasa tidak sia-sia saya menghabiskan 20 tahun dalam karier muzik. Maksudnya, ada sedikit peningkatan dalam karya saya, Alhamdulillah. Semuanya kerana lagu Farouk."Anugerah ini boleh dikatakan pengubat hati saya. Sebab sepanjang 20 tahun ini, saya pernah rasa macam, ‘Industri tidak pernah nampak saya ke?’"Jadi, apabila hari ini saya mendapat pengiktirafan ini, saya rasa macam, mungkin sudah sampai masa untuk saya buat dengan lebih serius," ujarnya.Malam kemuncak AIM25 bersiaran secara langsung dari Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada malam Sabtu.