PENYANYI Yonnyboii mengakui gelisah memikirkan janji untuk membotakkan kepala selepas berjaya membawa pulang trofi Lagu Rap/Hip Hop Terbaik menerusi lagu Tanya Tuhan bersama Malique di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), pada malam Sabtu.Yonnyboii atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin28, berkata, dia pada awalnya berjanji akan mencukur botak kepalanya sekiranya memenangi trofi pada acara berprestij berkenaan. Bagaimanapun, selepas kemenangan tersebut menjadi kenyataan, Yonnyboii mula berasa serba salah kerana menganggap gaya tersebut mungkin tidak sesuai dengan dirinya.Yonnyboii berjaya membawa pulang trofi Lagu Rap/Hip Hop Terbaik AIM25.“Isteri sebenarnya tak suka, tapi saya dah terjanji. Alamak.“Sikitlah, saya buat buzz cut, bagilah peluang.“Tak okay, rupa saya buruk kalau botak,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii, isteri ‘dating’ seminggu sekaliARTIKEL BERKAITAN: Status suami beri ilham Harith Zazman, Yonnyboii hasilkan ‘Sempurna’Yonnyboii berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media AIM25 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada malam Sabtu.Berkongsi lanjut, Yonnyboii mengakui langsung tidak menjangkakan akan memenangi kategori berkenaan sehingga dia berasa terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang.Menurutnya, tiada sesiapa yang memberitahu mengenai kemenangan tersebut dan dia sendiri sudah bersedia untuk menerima keputusan sebaliknya.Yonnyboii rai kejayaan bersama isteri, Nik Nazira.“Memang tak jangka saya akan menang, tiada orang bagitahu.“Tiba-tiba saya menang, alamak!“Masa naik pentas tu takut jugalah walaupun menang anugerah,” ujarnya.