TANGGUNGJAWAB sebagai seorang suami dan bapa menjadi inspirasi utama buat penyanyi dan komposer Harith Zazman menghasilkan lagu terbaharu berjudul Sempurna.Menurut Harith, 32, kehidupan selepas berkahwin membuka ruang untuk dia memahami makna sebenar kesempurnaan dalam sesebuah hubungan selepas melalui perbezaan bersama isteri. “Selepas berkahwin, saya sedar banyak perbezaan antara saya dan isteri. Kami datang daripada latar belakang berbeza dan kadang-kadang mempunyai pandangan yang bertentangan tentang sesuatu perkara.Harith (kiri) dan Yonnyboii didedikasikan Sempurna buat isteri serta anak.“Tetapi perbezaan itulah yang membuatkan kami saling belajar dan memahami antara satu sama lain. Bagi saya, itulah maksud sebenar ‘sempurna’,” katanya.Dalam pada itu, Harith mengakui Sempurna merupakan antara karya paling peribadi yang pernah dihasilkannya sepanjang bergelar anak seni.Katanya, lagu berkenaan lahir daripada pengalaman hidup sendiri sehingga membuatkan dia beremosi ketika proses penulisan dilakukan.ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii, isteri ‘dating’ seminggu sekaliARTIKEL BERKAITAN: Harith Zazman belajar lipat baju selepas kahwin“Ini mungkin lagu yang paling matang dan emosional pernah saya tulis. Saya menangis ketika menulis lagu ini kerana ia sangat dekat dengan pengalaman hidup sendiri.“Saya juga tidak sabar untuk berkongsi mesej lagu ini dengan semua orang,” ujarnya.Sementara itu, kolaborasi bersama Yonnyboii pula tercetus secara spontan apabila Harith merasakan penyanyi tersebut adalah individu paling sesuai untuk menyampaikan mesej yang ingin diketengahkan menerusi lagu berkenaan.“Saya dan Yonny mungkin tidak selalu berjumpa tetapi kami sering berhubung dan saling menyokong antara satu sama lain.Harith (kiri) dan Yonnyboii sentiasa menyokong antara satu sama lain.“Apabila lagu ini siap dalam bentuk demo, saya terus terfikir tentang Yonny. Sebagai seorang suami dan bapa, dia sangat memahami emosi dan perjalanan yang cuba saya sampaikan dalam lagu ini,” jelasnya.Bagi Yonnyboii pula, lagu Sempurna mempunyai makna tersendiri kerana ia didedikasikan khas buat isteri dan anak lelakinya yang menjadi sumber kekuatan dalam kehidupan.“Dalam lagu ini, saya cuba sampaikan kepada isteri dan anak bahawa saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka.“Mereka membuatkan hidup saya terasa lengkap dan sempurna,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!